Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Merdeka55. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka55. Papar semua catatan

Isnin, 10 September 2012

Sambutan Merdeka ke 55 Di Bukit Jalil



Ahli Ahli Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia ( KelabPR1M ) telah mengadakan lawatan ke Bukit Jalil untuk menyambut Hari Merdeka ke 55 besama sama dengan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Bin Tun Razak dan warga warga Malaysia yang lain. Program Ini diselaras oleh Dr Harris Abdullah,En Rajenthiran dan En Bala ( Ahli Majlis NILAI ).






Sambutan Merdeka bersama sama pelajar sekolah tamil Lorong Java Seremban




Wakil Wakil dari kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia termasuk Dr Harris Abdullah,En Rajenthiran,En Bala ( Ahli Majlis Nilai ),En Lingam,En Vijayan,En Tham,En Nadarajah ( Ahli Majlis Nilai ) bersama sama dengan Dato Yeow Chai Thiam dari MCA Negeri Sembilan Mengedarkan Bendera Jalur Gemilang secara percuma kepada pelajar pelajar sekolah Tamil Lorong Java Seremban,Negeri Sembilan. Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk menyanyikan Lagu Jalur Gemilang bersama sama dengan guru dan  Murid murid sekolah. Kami dari Pihak Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar En.Roslan Bin Abdullah dan Mdm Sarogini GPK KK kerana memberi peluang untuk menjayakan program ini.

Pelajar Sekolah Tamil Lobak Seremban menyanyikan lagu jalur gemilang sempena Hari Merdeka ke 55 bersama Ahli Kelab PR1M

Untuk menjayakan Hari Merdeka ke 55,ahli ahli Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia termasuk Dr Harris Abdullah,En Rajenthiran,En Bala  telah mengedarkan bendera Jalur Gemilang bersama Dato Dr Yeow dari MCA NS kepada pelajar pelajar Sekolah Tamil Lobak Seremban.Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk menyanyikan Lagu jalur gemilang bersama sama guru guru and murid sekolah.

kelab Perhubungan rakyat 1 malaysia mengedarkan bendera jalur Gemilang secara percuma kepada Pelajar Sekolah Tamil Lobak Seremban



Pada 27th Ogos 20012, wakil wakil dari Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia Dr Harris Abdullah,En Rajenthiran,En Balakrishnan,En Vijayan,En Lingam  bersama sama dengan Dato Yeow Chai Thiam dari MCA Negeri Sembilan Mengedarkan Bendera Jalur Gemilang secara percuma kepada pelajar pelajar sekolah Tamil Lobak Seremban sempena Hari Merdeka ke 55th.Acara ini diselaraskan oleh Dr Harris Abdullah dengan bantuan semua ahli Kelab PR1M




Sabtu, 8 September 2012

Pengagihan Bendera Jalur Gemilang percuma di tempat letak kereta Seremban Terminal Satu

Untuk meraikan  hari kemerdekaan 55 Malaysia, kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia mengedarkan 5000 Jalur Gemilang PERCUMA  Bendera di  kawasan tempat letak kereta terminal One Seremban pada 15 Ogos 2012. Acara ini dijalankan oleh Dr Harris Abdullah, Encik Rajenthiran, En.Vijayan ,En.Balakrishnan , Mr Lingam dan beberapa ahli pasukan dari Kelab Perhubungan Rakyat satu Malaysia.