Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia Headline Animator

Rabu, 3 Oktober 2012

Ahli KELAB PR1M di lawatan Jelajah Janji Ditepat PM di Paroi Negeri Sembilan


Bersama sama Dato Senator Najeeb dan En Titan Ho Kok Yew

Ahli Ahli Parti Progresif Penduduk NSDK and Ahli Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia,Dr Harris Abdullah, En.Rajenthiran,En.Balamurugan.En.Balakrishnan (Ahli Majlis Nilai) En.Vijayan,En.Tham dan ahli Kelab PR1M yang lain  sempat menjemput Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Bersama sama  Dato’ Seri Utama Hj.Mohamad bin Hj.Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan .








AMPANGAN, 29 Sept. – Y.A.B Dato’ Seri Utama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama isteri, Y.A.Bhg. Dato’ Seri Rosmah binti Mansor hadir di Pusat Penjaja Ampangan bersempena lawatan Jelajah Janji Ditepati di Negeri Sembilan.
Beliau hadir bersama isteri disambut oleh Dato’ Seri Utama Hj.Mohamad bin Hj.Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga isteri,Raja Datin Seri Hjh Salbiah binti Tengku Nujumuddin.
Dalam ucapan ringkas Perdana Menteri, beliau menyatakan bahawa Pembinaan Bangunan Baru Pusat Penjaja Ampangan ini adalah satu lagi Janji Yang Ditepati daripada kerajaan. Seharusnya rakyat perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.
Beliau kemudian melihat pelan pembinaan yang bakal dijalankan dalam masa yang terdekat.
Perdana Menteri dan isteri turut melapangkan masa bersarapan pagi bersama rakyat dan lawatan sebelum ke Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban untuk Merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati dan menyempurnakan PR1MA.
Turut hadir kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Paduka Andika Ujang, Yang diPertua Speaker Dewan Negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.