Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia Headline Animator

Rabu, 24 April 2013

Ahli Kelab PR1M membantah ceramah datuk Ambiga di Gereja Seremban




Forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibuat dalam dewan di kawasan gereja itu merupakan menyalahgunakan rumah ibadat untuk tujuan politik.

Pengerusi Kelab Perhubungan Rakyat 1Malaysia, R. Rajandaran tidak mahu agama dan politik dicampuradukkan melalui program demikian.
"Jika satu pihak mengunakan rumah ibadat untuk tujuan politik, pihak lain akan menggunakan kaedah sama. Apabila ini berlaku, lama kelamaan kecelaruan berlaku dan tidak baik untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama," katanya.


En Rajenthiran telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell dekat sini bagi membantah penganjuran forum berkenaan di gereja itu.
Katanya semua pihak perlu menghormati kemuliaan rumah ibadat dan tidak mempergunakannya untuk sebarang tujuan berkaitan politik.

Ambiga tiba di dewan gereja itu kira-kira pukul 11 pagi ini untuk menyampaikan ucapan, bagaimanapun seorang pegawai penguatkuasa kempen pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan Parlimen Rasah terlebih dahulu bertemunya.
Pegawai berkenaan mengingatkan Ambiga supaya tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang kempen politik di rumah ibadat.




Antara yang hadir termasuk Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr. Ahmad Farouk Musa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.