Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia Headline Animator

Sabtu, 15 September 2012

Mendaftar Undi baru di Pangsapuri Lobak Seremban sempena acara My Beautiful Neighbourhood



LOBAK, 08 Sept.  Penasihat kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia ( Kelab PR1M) ,Dr Harris Abdullah merangkap Ahli Parti Progresif Rakyat Negeri Sembilan ( PPP NS ) telah mendaftar pengundi pengundi baru di Rumah Pangsapuri Lobak Seremban bersama sama ahli ahli lain seperti En Rajenthiran,En Vijayan,dan En Thiam.










Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Unit Komunikasi Korporat membawa berita gembira buat penghuni Rumah Pangsa Lobak, Seremban melalui Ketua Setiausahanya, Datuk Arpah Abdul Razak, hari ini.

Beliau hadir bagi membaca teks ucapan dari Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Chor Chee Heung yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta sempena Majlis Pelancaran National Blue Ocean Strategy ke-7 (NBOS7) My Beautiful Neighbourhood (MyBN) di Rumah Pangsa, Lobak Seremban.
Di dalam majlis sama, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan hadir bagi merasmikan Majlis Pelancaran My Beautiful Neighbourhood dan Gotong Royong Perdana Rumah Pangsa, Lobak, yang di adakan di Perkarangan Rumah Pangsa Lobak, Seremban.
Di dalam ucapan Menteri Besar, beliau mengucapkan penghargaan dan berbesar hati menerima berita baik di atas kelulusan pembiayaan yang melibatkan kos RM3.8 juta bagi dua lokasi sebagai projek printis.
Pembiayaan ini termasuk 13 unit Rumah Pangsa Lobak, Seremban Negeri Sembilan yang menelan perbelanjaan sebanyak RM1.2 juta dan satu lagi projek di Alor Setar, Kedah.
Beliau turut berasa senang hati apabila kos tersebut melibatkan kerja-kerja penyelengaraan dan tertumpu kepada kerja-kerja mengecat semula, memperbaiki insfrastruktur, penyelengaraan bangunan dan lanskap rumah pangsa di sini.
Malah, kerjasama banyak pihak seperti Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bagi memastikan projek perintis ini berjaya di negeri ini, turut dihargai.
Menurut beliau lagi, walaupun bantuan disalurkan melalui Kerajaan Perseketuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun ianya melalui Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin ke atas kesejahteraan rakyat.
Beliau berharap penghuni di blok Rumah Pangsa Lobak, bersyukur dan meneruskan kehidupan seperti biasa dalam suasana aman, sentosa dan ceria.
Turut hadir, Datuk Arpah Abdul Razak, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Siow Chen Pin, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam, Dato’ Hj abd Halim Hj Abd Latif, Yang diPertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam, Senator, Negeri Sembilan serta Datuk Hj Zaini Md Nor, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.


Sumber : n9kini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.