Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia Headline Animator

Rabu, 8 Mei 2013

KelabPR1M dan Makkal Sakthi NS menyokong untuk melantik semula YAB Datuk Seri Utama Haji Mohammad Haji Hassan sebagai MB NS


                          Ahli Ahli kelab PR1M bersama Ahli Makkal Sakthi Negeri Sembilan


8 May 2013,Seremban

Kami anak Negeri Sembilan menyokong penuh kepimpinan dan kewibawaan YAB Datuk Seri Utama Haji Mohammad Bin Haji Hassan dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Di bawah kepimpinan beliau,Negeri Sembilan telah mencapai kemajuan dan pembangunan yang amat ketara dalam jangka masa dua penggal ini.Rakyat Negeri Sembilan memerlukan kepimpinan beliau dikekalkan untuk kesinambungan pembangunan fizikal kebajikan dan masyarakat umumnya.

Di bawah kepimpinan beliau,Masyarakat kurang upaya dan rakyat miskin mendapat pembelaan daripada kerajaan negeri di bawah program Jaringan Sosial Masyarakat.Program ini mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat.

Di bawah pimpinan beliau,Negeri Sembilan juga berjaya menarik banyak pelabur asing dan meletakan ia di tempat ke tiga dari keseluruhan negara.Ini menunjukkan kebolehan beliau.Jadi kami ingin merayu kepada Perdana Menteri Malaysia 
Y.A.B Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak supaya beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan untuk pembelaan keseluruhan rakyat Negeri Sembilan.

Ahli Ahli kami telah bekerja keras dalam Pilihan Raya Umum ke 13 supaya kerajaan Barisan Nasional dikekalkan dalam negeri tercinta kami.Kami juga kesaln dan kecewa kerana pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan DK ditangguhkan sehingga hari ini tanpa alasan yang munasabah.

Sekian

Kelab PR1M Negeri Sembilan DK

Dr Harris Abdullah ( Penasihat KelabPR1M)
En.Rajenthiran        ( Pengerusi KelabPR1M)
En.Balakrishnan     ( Ahli Majlis MP Nilai)
En.Nadarajah           ( Ahli Majlis MP Seremban)
En.Tharmalingam
En.Balamurugan
En.Tham Sek Mun

Makkal Sakthi Negeri Sembilan DK

En.G Arivalagan (Setiausaha Pemuda NS )
En.Goutham        (Pengerusi Bhg Rembau)