Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia Headline Animator

Ahad, 14 Oktober 2012

Pendaftaran Pengundi Baru SPR di Kampung Dusat Air Hitam Jempol




13 october 2012,Ahli ahli Parti Progresif Penduduk merankap Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia telah mendaftar pengundi pengundi baru di Kampung Dusat,Air Hitam Jempol.Acara ini dijalankan di Pejabat  pengerusi PPP cawangan Jelebu ( Naib Pengerusi PPP NS ),En Unini Devagaran.Antara tetamu kehormat yang menhadiri dan menyokong ahli Kelab PR1M adalah ADUN Sungai Lui YB Dato Zainal Bin Haji Ahmad.

Acara pendaftaran pengundi baru dijalankan dengan usaha sendiri Ahli Kelab PR1M,Dr Harris Abdullah,En.Vijayan,En K.U Shanmugam ( SITF),En.Tuan Haji Ghazali dan En Balasandar dengan bantuan wakil PPP NS seperti En.Unini (Naib Pengerusi PPP NS),En.Ramu ( Setiausaha Bahagian Jelebu PPPNS ) dan Mdm Zarinah Krishnan ( Wanita PPP Jelebu ).

Di samping Pendaftaran Pengundi baru olen Dr Harris dan Tuan Haji, En K.U Shan dari SITF mambantu mendaftar sesiapa yang masih tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia.Beliau menasihati dan sempat mendapatkan maklumat untuk membantu mereka mendapatkan kad pengenalan.

Ahli Kelab PR1M sempat mendaftar 60 pengundi baru untuk SPR disamping mejelaskan mereka tentang Bajet 2012 dan Jasa Barisan Nasional selama ini manakala En.Shan berjanji akan membantu mereka mendapatkan kad pengenalan Malaysia. Usaha ini disambut baik oleh penduduk Kampung Dusat Jempol dan meramah mesra dengan Ahli Ahli Kelab PR1M dan PPP NS.

Kami dari Kelab PR1M juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Adun Sungai Lui,YB Dato Zainal Bin Haji Ahmad kerana sokongan positif beliau dan En.Unini Devagaran kerana membantu manjayakan pendaftaran ini dan makanan tengahari yang sedap.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.