Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia Headline Animator

Rabu, 8 Mei 2013

KelabPR1M dan Makkal Sakthi NS menyokong untuk melantik semula YAB Datuk Seri Utama Haji Mohammad Haji Hassan sebagai MB NS


                          Ahli Ahli kelab PR1M bersama Ahli Makkal Sakthi Negeri Sembilan


8 May 2013,Seremban

Kami anak Negeri Sembilan menyokong penuh kepimpinan dan kewibawaan YAB Datuk Seri Utama Haji Mohammad Bin Haji Hassan dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Di bawah kepimpinan beliau,Negeri Sembilan telah mencapai kemajuan dan pembangunan yang amat ketara dalam jangka masa dua penggal ini.Rakyat Negeri Sembilan memerlukan kepimpinan beliau dikekalkan untuk kesinambungan pembangunan fizikal kebajikan dan masyarakat umumnya.

Di bawah kepimpinan beliau,Masyarakat kurang upaya dan rakyat miskin mendapat pembelaan daripada kerajaan negeri di bawah program Jaringan Sosial Masyarakat.Program ini mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat.

Di bawah pimpinan beliau,Negeri Sembilan juga berjaya menarik banyak pelabur asing dan meletakan ia di tempat ke tiga dari keseluruhan negara.Ini menunjukkan kebolehan beliau.Jadi kami ingin merayu kepada Perdana Menteri Malaysia 
Y.A.B Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak supaya beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan untuk pembelaan keseluruhan rakyat Negeri Sembilan.

Ahli Ahli kami telah bekerja keras dalam Pilihan Raya Umum ke 13 supaya kerajaan Barisan Nasional dikekalkan dalam negeri tercinta kami.Kami juga kesaln dan kecewa kerana pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan DK ditangguhkan sehingga hari ini tanpa alasan yang munasabah.

Sekian

Kelab PR1M Negeri Sembilan DK

Dr Harris Abdullah ( Penasihat KelabPR1M)
En.Rajenthiran        ( Pengerusi KelabPR1M)
En.Balakrishnan     ( Ahli Majlis MP Nilai)
En.Nadarajah           ( Ahli Majlis MP Seremban)
En.Tharmalingam
En.Balamurugan
En.Tham Sek Mun

Makkal Sakthi Negeri Sembilan DK

En.G Arivalagan (Setiausaha Pemuda NS )
En.Goutham        (Pengerusi Bhg Rembau)




Rabu, 24 April 2013

Ahli Kelab PR1M membantah ceramah datuk Ambiga di Gereja Seremban




Forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibuat dalam dewan di kawasan gereja itu merupakan menyalahgunakan rumah ibadat untuk tujuan politik.

Pengerusi Kelab Perhubungan Rakyat 1Malaysia, R. Rajandaran tidak mahu agama dan politik dicampuradukkan melalui program demikian.
"Jika satu pihak mengunakan rumah ibadat untuk tujuan politik, pihak lain akan menggunakan kaedah sama. Apabila ini berlaku, lama kelamaan kecelaruan berlaku dan tidak baik untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama," katanya.


En Rajenthiran telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell dekat sini bagi membantah penganjuran forum berkenaan di gereja itu.
Katanya semua pihak perlu menghormati kemuliaan rumah ibadat dan tidak mempergunakannya untuk sebarang tujuan berkaitan politik.

Ambiga tiba di dewan gereja itu kira-kira pukul 11 pagi ini untuk menyampaikan ucapan, bagaimanapun seorang pegawai penguatkuasa kempen pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan Parlimen Rasah terlebih dahulu bertemunya.
Pegawai berkenaan mengingatkan Ambiga supaya tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang kempen politik di rumah ibadat.




Antara yang hadir termasuk Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr. Ahmad Farouk Musa

Ahad, 30 Disember 2012

Program pendaftaran SPR di Taman Seremban Jaya dan Rahang Seremban




Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia KelabPR1M telah mengadakan pendaftaran SPR terakhir di kawasan Seremban Jaya dan Rahang untuk membantu mendaftar mereka yang belum menjadi pengundi sah SPR. Pendaftaran ini dilakukan dengan kerjasama Senator Dato Najeeb Bin Abdullah,En David
( Ahli Majlis Seremban ),En.Thomas (Ahli Majlis Nilai) dan beberapa rakan dari KRT Tmn Seremban Jaya dan BN.


Dr Harris Abdullah team dari Parti Progresif Penduduk NS dan Kelab PR1M, En.Tharmalingam,En.Balakrishnan ( Ahli Majlis Nilai ),En.Rajenthiran dan Chandru telah berjaya mendaftar lebih dari 41 pendaftaran baru dan tukar alamat di kawasan Taman Seremban Jaya Fasa 6,9 dan Rahang .














Isnin, 24 Disember 2012

Pendaftaran SPR di Pasar Besar Rantau oleh PPP NS dan Kelab PR1M




22.12.2012 Rantau Pendaftaran terakhir  SPR sebelum PRU 13 telah dibuat di Pasar Besar Rantau oleh Ahli Ahli Parti Progresif Penduduk NS dan Kelab PR1M. Antara Ahli Ahli PPP NS dan Kelab PR1M yang terlibat adalah En.Rajenthiran,Dr.Harris Abdullah,En.Vijayan,En.Tharmalingam,En.Tham,En.Balakrishnan (Ahli Majlis Nilai),En.Nadarajah (Ahli majlis Seremban),Ms Sharifah dan Balasandar.



Pendaftaran SPR di kawasan Rantau merupakan yang terakhir dijalankan oleh ahli ahli PPP NSDK sebelum Pilihan Raya ke 13 pada tahun depan.








Pendaftaran pengundi baru SPR di Taman Mutiara Temiang





2 DECEMBER 2012 Seremban . Sempena MAJLIS MAKAN MALAM PELANCARAN PUSAT DAERAH MENGUNDI DUN LOBAK KAWASAN TEMIANG di Taman Mutiara Temiang,Dr Harris Team dari Kelab PR1M dan PPP NS telah mengadakan pendaftaran SPR . Antara Ahli Ahli yang terlibat dalam menjayakan pendaftaran ini adalah En.Haji Ghazali,En.Tham, dan Balasandar.


Kami Juga dari Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada En.Titan Kok dari MCA NS kerana memberi peluang untuk membuat pendaftaran dan beramah mesra dengan penduduk setempat.









Pendaftaran Pengundi Baru SPR di Taman Arowana Indah Seremban 2



9 December 2012 Seremban 2. Sempena Program Santai Bersama Pemimpin Deepavali,Ahli Ahli Parti Progresif Penduduk NSDK dan Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia PPP NSDK telah mendaftar pengundi pengundi baru SPR di Taman Arowana Indah Seremban 2. Pendaftaran ini diselaraskan oleh Dr Harris Abdullah dan dibantu oleh EN.Rajenthiran,Tuan Haji Ghazali,En.Balakrishnan ( Ahli Majlis Nilai ),En.Tharmalingam,En.Tham dan Chandru.

Dr Harris team telah berjaya mendaftar lebih dari 51 pengundi baru dan 23 tukar alamat.









Rabu, 17 Oktober 2012

Pendaftaran pengundi SPR di Tesco Seremban 2





14th October 2012 Seremban. Ahli Ahli Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia (KelabPR1M) menrangkap  Ahli Parti Progresif Penduduk Negeri Sembilan telah mendaftar pengundi pengundi baru untuk Suruhanjaya Pilihanraya di Tesco Seremban 2. Pendaftaran ini telah deselaraskan oleh Penasihat Kelab PR1M, Dr.Harris Abdullah,En.Rajenthiran dan dibantu oleh ahli lain seperti En.Balakrishnan( Ahli Majlis Nilai ),En.Tham,Tuan Haji Ghazali,En.Vijayan dan En.Balasandar (Chandru).

Dr.Harris dan Tuan haji Ghazali berjaya mendaftar 182 pengundi baru dan 14 tukar alamat mengundi di Tesco Seremban. Di samping itu ramai orang mengambil kesempatan untuk memeriksa kawasan mengundi secara talian.Mereka sempat menjelaskan kepada mereka yang mendaftar tentang jasa jasa Kerajaan Barisan Nasional dan sumbanganya kepada masyarakat berbilang kaum.